0
0 Comments

1. Masalah yg saya sering hadapi adalah mata saya sering kemerah merahan dan kadangkala bahagian mata yg merah merasa sakit.

2. Masalah ini sering saya hadapi bermula pertengahan tahun lepas. 

3. Tentang faktor2 itu saya juga tidak tahu mengapa kerana masalah ini sering terjadi. Boleh dikatakan setiap bulan. Kadang2 masalah ini juga terjadi sebulan 2 kali. 

4. Ya saya sudah pergi ke hospital pada tahun lepas & hampir 3 minggu saya tidak ke sekolah kerana asyik berulang alik ke hospital untuk membuat rawatan. Pada kali ke-4 mata saya kemerahan, ia menjadi semakin teruk & mata saya membengkak. Doktor memberitahu mata saya mengalami jangkitan kuman.

5. Selepas sebulan mata saya telah pulih. Namun mata saya kembali menjadi merah hampir setiap bulan sehingga ke tahun ini. Saya juga tidak mempunyai apa2 alahan jadi saya agak pelik kenapa masalah ini kerap berlaku. Minggu lepas mata saya kemerahan dan telah pulih namun minggu ini masalah itu kembali berulang. Mata saya berasa sakit pada hari pertama sahaja namun hari2 yg seterusnya sakit semakin kurang. Saya berasa risau dengan keadaan mata saya. Adakah ada jalan penyelesaian yg terbaik?

Changed status to publish