1) ketuat di kemaluan
2) lebih kurang dua bulan
3) saya risau ianya berjangkit pada bahagian lain. Dan ianya boleh menyebabkan kanser servik kan.?? Jangkitan tersebut sudah merebak pada bhagian labium minus, vestibule, vestibular fossa, dan perineal raphe.
4) ya. Saya sudah berjumpa dengan doktor. Dia cuma bagi cream sapu sahaja (Aldara- Imiquimod Cream 5% w/w 250mg)
5) sudah berkahwin.. tak mgandung lagi..
Ketuat kemaluan ataupun genital ward adalah disebabkan jangkitan virus iaitu Human Papilloma Virus. Seseorang itu mempunyai risiko untuk terkena kanser serviks jika mengalami jangkitan ini. Dinasihatkan puan untuk melakukan ujian rutin Pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim pada peringkat awal. Pap smear juga dapat mengesan sel pra-kanser juga. Oleh itu, rawatan sebelum sel tersebut menjadi sel kanser dapat diberikan terlebih dahulu.
Rawatan masalah ini lebih kepada penggunaan krim terlebih dahulu. Kalau masih tidak kurang atau semakin teruk, kes puan boleh dirujuk kepada doktor pakar


Gunakan krim tu selama sebulan hingga ke dua bulan. Selalunya dia akan baik. Kalau masih tidak boleh baik, perlu rawatan yang lanjut oleh pakar.
Peluang untuk sembuh pula macam mana.?