0

Assalamualaikum wbt doktor..

Saya siti berumur 28 tahun,sudah berkahwin 2 tahun dan belum mempunyai anak. Saya juga adalah penghidap asthma tidak kronik dan ada follow up di klinik kesihatan setiap 6 bulan. saya ada 2 soalan nak dapatkan kepastian doktor.

1) Masalah berkaitan perut yang sering rasa kembung macam terlebih makan, walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit or belum makan, dalam masa yang sama saya juga ada masalah buang air besar berdarah ( darah tidak bercampur najis ), kadang kala saya terasa seperti ada movement dalam perut dibahagian bawah perut. Situasi ini sudah berlarutan berbulan dan penah dapatkan rawatan, untuk masalah perut doktor bertugas maklum mungkin disebabkan angin dan masalah buang air berdarah adalah simptom awal untuk buasir.saya dibekalkan ubat untuk angin, ubat sakit perut,antibiotik dan ubat sumbat buasir. Adakah saya perlu dapatkan rawatan selanjutnya lagi dan apa yang perlu saya maklumkan pada doktor?

2) Masalah kedua adalah rasa sakit didada, rasa macam menyucuk dan kadang kala jantung rasa macam mengembang laju dan menguncup dengan perlahan (Susah nak gambarkan dengan ayat yang lebih tepat) . Saya juga ada masalah nafas pendek walaupun sudah tarik nafas dalam,kadang saya perlu menguap untuk pastikan saya boleh tarik nafas dalam. Untuk situasi ini berbulan juga cuma tidak kerap sangat. Saya pernah dapatkan rawatan berkaitan nafas pendek bersama dengan masalah perut, doktor bertugas anggarkan mungkin masalah angin or stress. Utk masalah sakit dada saya belum dapatkan rawatan. Perlukah saya segera ke klinik utk cek jantung?

Answered question