0

Assalamualaikum doktor..

Saya lelaki berumur 42 thn..saya baru lepas menjalani prosedur angiogram (10 hari lps) dan telah memasang 1 stent jantung kerana 1 saluran 80% block. Semua proses berjalan lancar..

Masalah timbul selepas saya keluar dr wad..saya rasakan kesihatan semakin merosot..setiap hari pada waktu petang saya akan mengalami kesukaran bernafas hingga menyebabkan badan saya lemah..tetapi dada saya tidak sakit..biasanya berlaku dr jam 5ptg berlarutan hingga 8.30mlm

Doktor ada bekalkan ubat GTN..adakah saya perlu ambil ubat itu semasa saya sukar bernafas..dan adakah saya boleh terkena serangan jantung walaupun selepas pemasangan stent..

Utk maklumat lain..dua hari slps keluar wad saya ada buat pemeriksaan ECG dan darah..semua bacaan adalah normal..dan doktor menyimpulkan saya hanya terkena panic disorder..

Terima kasih..

Answered question