0
0 Comments

Askum thediagnosa. Saya Lin berumur 27tahun.. sy sudah berkahwin tetapi belum menpunyai cahaya mata . Sy bekerja sebagai seorang admin operation di salah satu syarikat courier service di sabah. Masalah sy ialah sekarang ada kalanya sy rasa seperti jantung sy berdegup dengan agak laju dan hal ni membuat sy menjadi risau kerana sy beranggapan yg sy mempunyai masalah jantung . Masalah ini sy memang suda lama alami sejak zaman sekolah lagi tpi sejak dua tiga minggu ini sy rasa kurang selesa bila keadaan ni berlaku. Jantung sy berdegup agak laju sekiranya sy buat kerja yg agak byk pergerakan dan kdg2 sy duduk2 pun boleh rasa tpi tak kuat sgt. Sy tak ada rasa sesak nafas,pening kepala dan sakit dada. Semua ok cuma bila dtg jantung berdebar2 dan degup laju,sy rsa tak selesa. Buat masa ini sy belum ada berjumpa lg dgn doktor kerana kekangan masa kerja Adakah ianya berkaitan masalah jantung?

Changed status to publish