0

Assalamualaikum terima kasih meluangkan masa untuk pertanyaan saya

1.Masalah dihadapi

Kekuningan pada mata putih dan kulit

2.Tempoh

3 tahun (bukan sepanjang masa)

3.Faktor menyebabkan keadaan semakin terukĀ 

Mata putih dan kulit menjadi kekuningan bila berpuasa,tidak sihat (cth:cirit birit),letih,waktu makan yang tidak teratur,tekanan (stress),tidak cukup tidur,makan makanan tidak berkhasiat (cth:fast food)

Faktor menyebabkan keadaan menjadi baik

Waktu makan teratur,tidur yang cukup,kurang tekanan (stress)

4. Pernah jumpa doktor atau tidak?

Tidak

5. Tambahan yang doktor perlu tahu

  • Arwah bapa meninggal tahun 2009 disebabkan hepatitis b (sirosis hati),bapa saudara meninggal tahun 2017 kerana hepatitis b juga.
  • Saya jarang demam.tahun terakhir demam pada 2014
  • Selera makan normal
  • Lesu dan cepat letih

Terima kasih

Answered question