0

Salam Sejahtera, 

Saya ingin bertanyakan soalan dan mohon pendapat daripada pihak Doktor yang berpengalaman serta bertauliah. Ibu saya seorang pesakit yang mempunyai masalah peranakan / rahim jatuh. Beliau telah berumur 62 tahun dan telah mengalami masalah ini hampir 2 tahun (2018-sekarang). Beliau kerap pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan (temujanji) dengan doktor pakar mengenai hal ini dan doktor pakar menyarankan agar ibu saya menjalani pembedahan untuk membuang rahim. Sebelum itu, doktor telah memasukkan ‘ring’ ke dalam faraj ibu saya bagi tujuan mengelakkan rahim ibu saya terkeluar.

Di sini saya ingin bertanyaka beberapa soalan seperti berikut:

1. Adakah ibu saya perlu menjalani pembedahan buang rahim kerana ibu saya telah berumur 62 tahun. 

2. Apakah kesan jika ibu saya TIDAK menjalani pembedahan?

3. Apakah kesan jika ibu saya menjalankan pembedahan seperti yang disarankan oleh doktor?

4. Adakah ibu saya mempunyai pilihan lain selain menjalani pembedahan dan letak ‘ring’ dalam faraj beliau?

Penjelasan daripada pihak Doktor saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

Changed status to publish