0

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr,

Saya kerap mengalami sakit kepala sehingga ke bahagian mata sejak akhir tahun lepas. Kebelakangan ni, kadang2 dalam seminggu ok, kadang2 2-3 kali seminggu. Biasanya, ketika sakit kepala simptom2 seperti berikut berlaku:

  1. Sakit belakang bebola mata, rasa seperti mata tersembul dan berdenyut
  2. Sakit seluruh badan
  3. Sengal2 dalam telinga
  4. Sakit kepala di bahagian kiri (depan) dan bahagian tengah kepal
  5. Angin (mual/muntah/kentut) 
  6. Berdiri, rasa nak jatuh
  7. Kadang, bila tidur, dia ok bila bangun, kadang2 still sama

Biasa berlaku di waktu awal pagi, tengah hari/malam. Pernah ke klinik, diagnosis berbeza:

  1. Gastrik
  2. Migrain
  3. Darah rendah

Harap pencerahan pihak Dr dapat membantu saya.

Changed status to publish